RSS Feed

UPS oooo UPS.....

Posted by Kolej Al-Zahrawi KMJ

tinggal lagi beberapa hari saja lagi pelajar-pelaejar matrikulasi johor akan mengambil Ujian Pertengahan Semesta 1.... hamba nak mendoakan kejayaan saudara saudari ya... jawab lah dengan tenang ye... di sini hamba ingin berkongsi beberapa tips dengan saudara saudari semua sebelum kita semua menduduki ups...


PERSEDIAAN FIZIKAL

KESIHATAN

Sebagai pelajar anda memerlukan kesihatan yang baik bermula dari ketika membuat persedian mengulangkaji hinggalah ke dewan peperiksaan. Keadaan kesihatan yang buruk akan mengganggu persediaan diri untuk peperiksaan. Sekiranya masih banyak yang anda perlu ulangkaji, maka pastinya anda rasa bimbang. Gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini akan membawa kepada tekanan emosi. Pastikan anda menjaga perkara yang berikut:

Tidur yang cukup.

Tidur yang cukup ialah diantara 6 - 7 jam sehari. Kurang tidur menyebabkan anda rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit. Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan. Jadi pastikan anda latih diri anda dengan masa tidur yang optimum ini dari sekarang.

Jaga pemakanan.

Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya "Makanlah dari makanan yang baik yang telah Kami berikan" (Al-Baqarah : 57). Yang dimaksudkan sebagai yang baik disini ialah baik dari segi sumbernya (halal), kualitinya (zat), rasanya (enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan kemudaratan). Kepada ibu bapa pastikan anak-anak anda diberi makan makanan dari sumber yang halal. Makanan yang haram akan menghitamkan dan menggelapkan hati mereka.

Riadah.

Jangan beriadah sehingga meletihkan badan. Ramai pelajar yang bermain hingga penat dan akibatnya anda akan rasa mengantuk untuk mengulangkaji pelajaran. Anda hanya perlu beriadah selama 20 minit dan sebanyak tiga kali seminggu. Lakukanlah senaman ringan yang mengeluarkan sedikit peluh. Disaat-saat akhir sebegini, lupakanlah soal bolasepak, takraw, badminton dan sebagainya. Anda boleh tangguhkan semua aktiviti yanganda minati ini setelah tamat peperiksaan penting nanti.

KESELAMATAN

Anda perlu menjaga keselamatan diri anda sebaiknya. Jauhkan diri anda dari aktiviti lasak yang boleh membawa kepada kecelakaan. Elakkan diri dari sebarang kecederaan. Anda past tidak mahu mengambil peperiksaan sewaktu berad dalam wad di hospital. Memanglah kecelakaan tidak pernah diundang, tetapi kalau anda tidak berhati-hati anda sebenarnya mendedahkan diri kepada pelbagai kemungkinan. Dalam musimmenjelangnya peperiksaan, lebihkan masa anda untuk berada dirumah.

Majlis Tadarus Quran ( Lelaki )

Posted by Kolej Al-Zahrawi KMJ Labels:

alhamdulillah, tamat sudah larian kakom 2010 dengan jaya nya... tapi aktiviti blok tak berhenti di situ..... pada 27 jun 2010.... telah diadakan majlis tadarus quran di masjid an-nur bagi penghuni blok lelaki... walaupun hamba terkilan sebab tak dapat turut serta... namun gambar tetap hamba snap...






























Larian KAKOM 2010 ( SELEPAS LARIAN )

Posted by Kolej Al-Zahrawi KMJ Labels:

maaf sebab tak update blog tuk sekian lama... di sebabkan perkara-perkara yang tak dapat dielakkan... maka tak dapat lah hamba update blog nie... jadi, pada 26 jun 2010 yang lepas, larian kakom 2010 peringkat matrikulasi johor telah dijayakan dengan sempurna nya.. maka dengan bangga nya mengumumkan bahawa blok al-zahrawi telah merampas gelaran juara daripada blok al-kindi. selama 5 tahun felo-felo al-zahrawi menantikan detik yang penuh bermakna ini. jadi marilah kita saksikan beberapa ragam pelajar matrikulasi yang sempat dirakam oleh hamba...